Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kait] | برکاءيت

Definisi : 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kait] | برکاءيت

Definisi : 1 bercangkuk hujungnya: Buah rambutan itu dipetik dgn galah yg ~. 2 tersangkut: Duri itu ~ pd seluarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkait

Puisi
 

Penggal betik penggal puan,
     Penggal senduduk berkait-kait;
Tinggal encik tinggallah tuan,
     Tinggal duduk baik-baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jatuh berkait.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu kerana diminta.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Berkait-kait akan beluruh, Berkelok-kelok akar rotan; Berpahit-pahit kita dahulu, Barulah elok di kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Nona ada papaya tidak, Bunga ros duri berkait; Benar ada percaya tidak, Telunjuk lurus kelingking berkait.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Penggal betik penggal puan, Penggal senduduk berkait-kait; Tinggal encik tinggallah tuan, Tinggal duduk baik-baik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bunga puan bunga selasih, Bunga keduduk berkait-kait; Tinggal tuan tinggal kekasih, Tinggal duduk baik-baik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Penggal puan penggal selasih, Tinggallah beduk berkait-kait; Tinggallah tuan tinggal kekasih, Tinggallah duduk baik-baik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun sirih jangan dikait, Kalaulah kait mematah layu; Telunjuk lurus kelingking berkait, Itu pepatah orang Melayu.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Budak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bancuh kopi untuk saudara, Tebas rumput rata-rata; Bertanggungjawab kepada Negara, Lepas tangan putih mata.Pantun Melayu SarawakBerkait
Laksa Sarawak sedap rasa, Bancuh kopi untuk saudara; Dapat digelar wira bangsa, Bertanggungjawab kepada Negara.Pantun Melayu SarawakBerkait
Buat perencah kuah laksa, Laksa Sarawak sedap rasa; Siapa dia gagah perkasa; Dapat digelar wira bangsa.Pantun Melayu SarawakBerkait
12

Kembali ke atas