Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.ki] | برکاکي

Definisi : mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.ki] | برکاکي

Definisi : mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkaki

Puisi
 

Sapu tangan berkaki merah,
     Kakinya diletak dalam perahu;
Luka di tangan berdarah merah,
     Luka di hati tak dapat nak tahu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hendak hinggap tiada berkaki.

Bermaksud :

Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Yang unta berkaki panjang, Hari malam tegak di pantai; Orang tua berhati lapang, Bini di tilam awak di lantaiKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak buaya berkaki pendek, Bila berenang suka menyelam; Awaklah tua berbini cantik, Disapa orang muka pun masam. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa guna berkaki dua, Kalau tidak berjalan lagi; Apa guna kita bersua, Kalau tidak bersembahyang lagi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sapu tangan berkaki merah, Kakinya diletak dalam perahu; Luka di tangan berdarah merah, Luka di hati tak dapat nak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga melur kembang berkaki, Mari dibungkus di dalam kertas; Di dalam telur lagi kunanti, Inikan pula telah menetas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh besar dibuat galah, Diberi berkaki penyangga tangga; Sungguh besar nikmat Allah, Diberi-Nya rezeki tiada terhingga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Petang-petang ribut berdengung, Kain putih berkaki-kaki; Petang-petang duduk melengung, Takut tak boleh kehendak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Macam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Pualu gaya teluk Selatan, Di situ banyak katak lompat, Kalau berayah orang utan, Dapat anak berkaki empat.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas