Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.rang] | برکارڠ

Definisi : digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.rang] | برکارڠ

Definisi : 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penya­kit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.rang] | برکارڠ

Definisi : digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkarang

Puisi
 

Dua belas pantun berkarang,
     Pantun Melayu anak Semarang;
Kami laksana kain yang jarang,
     Dijual tidak dibeli orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Gunung Lingga berkarang-karang, Gunung beratur empat-empat; Abang gila saya tak larang, Asal tentu dengan tempat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua belas pantun berkarang, Pantun Melayu anak Semarang; Kami laksana kain yang jarang, Dijual tidak dibeli orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bukit lagi bintang berkarang, Anak yu dua serupa; Adik pergi abang tak larang, Janji dahulu janganlah lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lukah dilabuh di batang jati, Lukah baru berkarang rotan; Patah tumbuh hilang berganti, Tuah Melayu berbilang berzaman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terang bulan menggetah pungguk, Pungguk bersarang tali temarang; Pada tuan tembaga buruk, Pada saya intan berkarang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanam nyiur Kuala Jengka, Bunga bidang dalam balang; Saya mendengar khabar berita, Di sini ada intan berkarang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas