Supaya kuncup jangan berkarat Kayu yang semak kita siangi; Supaya hidup jangan melarat, Ibu dan bapak kita sayangi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun parang sudah berkarat, Jangan pula disorok-sorokkan; Walaupun orang suka mengumpat, Jangan pula diburuk-burukkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa tanda parang berkarat, Besinya rosak mata pun majal; Apa tanda orang beradat, Budinya nampak serta berakal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sejak badik dilasah tajam, Matanya tidak berkarat lagi; Sejak adik bermuka masam, Hamba takut mengikat janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana parang takkan patah, Bila besinya sudah berkarat; Bagaimana orang takkan serakah, Bila hatinya gilakan pangkat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila parang tidak diasah, Lambat-laun akan berkarat; Apabila orang tidak bermaruah, Laknat turun badan melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa guna membeli parang, Kalau besinya sudah berkarat; Apa gunanya menjadi orang, Kalau hatinya melupakan adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Supaya makan dapat berhemat, Jangan lagi menuruti selera; Supaya iman tidak berkarat, Luruskan hati takuti dosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau tuan pergi ke darat, Jalan mari hujung tanjung; Simpan ringgit nanti berkarat, Bawa berniaga cari untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Jangan diharap pauh panji, Pauh condong ke barat; Jangan diharap kepada janji, Sauh besi lagi berkarat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |