Nak berkebun berkebun sangat, Buah limau masak layu; Nak berpantun pantun sangat, Macam Cina masuk Melayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang berkebun saya berkebun, Dalam kebun bertanam bunga; Orang berpantun saya berpantun, Dalam pantun ada makna. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau tuan hendak berkebun, Air ngat dalam cawan; Kalau tuan pandai berpantun, Jangan bagi hangat hati kawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cik Wahab suka berkebun, Tebang nanas di tepi paya; Jangan diharap setitik embun, Kena panas keringlah ia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Asap berkepul di Tanjung Batu, Orang berkebun di Kampung Baharu; Jangan adik pergi dahulu, Hati tak tahan menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah mandi lalu berembun, Mandi mari pagi hari; Bukan salah orang berkebun, Kerana ladang tumbuhan tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |