Hujan panas berderai, embun berderai, Sayang ketupat inti, berisi inti; Hancur daging berkecai, tulang berkecai, Belum dapat berhenti, belum berhenti. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Kain batik berkecai-kecai, Mana sekecai dimakan gagak; Jangan saya terintai-intai, Kalau hendak ke mari dekat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tegak adat rakyat pun damai, Pemimpin tegak bersanding bahu; Rosak adat rakyat berkecai, Pemimpin bengak rakyat berseteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Selasih di atas mahligai, Di situ hinggap burung merbah; Habislah daging tulang berkecai, Sayang hamba takkan berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain perai baju pun perai, Letak mari atas peti; Hancur badan tulang berkecai, Budi adik dibawa mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Buah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |