Macam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Buah kana kedai Cina, Satu taukeh dua Melayu; Saya berkehendak sudah lama, Hendak bercakap rasa malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Teluk Belanga tambak-menambak, Ditambak oleh Raja Temenggung; Sudah lama saya berkehendak, Sejak mula ibu mengandung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau begini kelerai tombak, Biar saya kelerai biasa; Kalau saya tidak berkehendak, Biar bujang sampai ke tua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Johor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Ali memakai terendak, Terendak dipakai di tengah hari; Kalau hati sudah berkehendak, Tidak dapat ditukar ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak itik si anak angsa, Beri padi anak kededek; Anak ini anak celaka, Beri laki anak berkehendak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |