Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.na.lan] | برکنلن

Definisi : bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.na.lan] | برکنلن

Definisi : bersahabat; bercampur; bergaul: Saya sudah lama ~ dgn dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,

Puisi
 

Mari kita memasang lukah,
     Dapat seekor ikan tenggalan;
Lepas itu bolehlah bernikah,
     Saudara-mara dapat berkenalan.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Masak durian tercium bau, Isinya sedap terasa manis; Hendak berkenalan terasa malu, Di dalam gelap hamba menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dapat seekor ikan tenggalan, Lalu ditaruh di atas peti; Saudara-mara dapat berkenalan, Bertambah mesra kasih di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sejak badik dilasah tajam, Orang takut membawa berjalan; Sejak adik bermuka masam, Abang takut untuk berkenalan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mari kita memasang lukah, Dapat seekor ikan tenggalan; Lepas itu bolehlah bernikah, Saudara-mara dapat berkenalan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas