| Bila badik berkering basah, Tentulah mudah dimakan karat; Bila adik berpaling tadah, Tentulah hamba takut mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang memukat pagi dan petang, Mahu berbasah tahan berkering; Orang beradat berhati lapang, Mahu mengalah dalam berunding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau takut dilanda pasang, Jangan berumah di tepi pantai; Kalau patut abang meminang, Berkering basah hambakan sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |