Kalau berkitab membaca syair, Banyaklah orang datang mendengar; Kalau bercakap tidak berfikir, Banyaklah orang banyak bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau berkitab sambil menulis, Jangan sampai dakwat terbuang; Kalau bercakap dalam menulis, Jangan sempat mengumpat orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak beruk pandai berkitab, Banyaklah musang menjadi murid; Sejak datuk mulai menyelap, Banyaklah orang mati terhimpit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Banyak orang pandai berkitab, Sedikit orang pandai bersyair; Banyak orang pandai bercakap, Sedikit orang pandai berfikir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat berbual pantang menjual, Adat bercakap pantanglah gagap; Adat beramal pantang membingal, Adat berkitab pantang menyelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |