Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ko.ko/] | برکوکوق

Definisi : 1. berbunyi berlarut-larut (bkn ayam jantan): kedengaran bunyi ayam jantan ~ sahut-menyahut; 2. ki mengucapkan kata-kata sbg tanda kegagahan (kemenangan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ko.ko/] | برکوکوق

Definisi : mengeluarkan kokok (bkn ayam jantan dll): Ayam jantan ~, ayam betina berketuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkokok

Puisi
 

Kalau ayam berkokok pagi,
     Itu tanda hari nak siang;
Sudah jumpa jantung hati,
     Bulan terang disangka siang.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Belum bertaji hendak berkokok.

Bermaksud :

Belum berilmu sudah hendak menyombong.

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Berkokok ayam di lanting, Menyahuti ayam di paya; Makan pinang sirih digunting, Dikepit juga sama suara.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam putih berkokok lalu, Daun serbat di dalam padi; Adik putih alang gemalu, Tidak galak di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pagi hari ayam berkokok, Hendak pergi ke Padang Semu; Saya hendak masak di pokok, Masak rendah saya tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana nasi takkan dijerang, Sejak petang perut berkokok; Bagaimana kami takkan meradang, Awaklah datang dia menyorokKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang Kesang pergi Merlimau, Dengar suara ayam berkokok; Cik tuan musang saya rimau, Kalau kukejar panjat pokok.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Hilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Orang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Nampak fajar di Selat Sunda, Waktu pagi ayam berkokok; Hijau jangan disangka muda, Sudah lama masak di pokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas