Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kuah] | برکواه

Definisi : dgn kuah, memakai (ada) kuah: makan ~; ~ air mata ki selalu menderita kesusahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kuah] | برکواه

Definisi : ada kuahnya; dgn kuah: masakan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkuah

Puisi
 

Kalau kalah main terup,
     Makan buah mengupas kulit;
Berkuah sama menghirup,
     Bersambal sama mencolek.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berkuah air mata.

Bermaksud :

Selalu menderita susah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Sejak berkuah kuini pandak, Banyaklah udang berhati risau; Sejak orang tua berbini budak, Banyaklah bujang pergi merantau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apabila makan tidak berkuah, Kesatlah rasa tekak menelan; Apabila kelakuan awak menyalah, Alamat binasa dilantak kawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila makan tidak berkuah, Nasi ditelan rasa tersengkang; Apabila kelakuan awak menyalah, Pergi berjalan dihina orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Akan makan nasi berkuah, Gawai emas bergiring-giring; Kalau ada untung bertuah, Karam di laut dampar ke Siring.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau nak tahu lepat berkuah, Tengoklah ketupat di dalam api; Kalau hendak sifat bertuah, Tengoklah sifat sahabat nabi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa tanda pisang dipengat, Berkuah santan manis rasanya; Apa tanda orang beradat, Berkata sopan manis mukanya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Biarlah orang merendang pedas, Kita merendang berkuah juga; Biarlah orang memandang ke atas, Kita memandang ke bawah juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam seronok berkuah sayur; Diam bukan sebarang diam, Diam merajuk dibawa tidur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak periuk jadi belanga, Banyaklah nasi berkuah sambal; Sejak beruk menjadi raja, Banyaklah menteri berubah akal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau kalah main terup, Makan buah mengupas kulit; Berkuah sama menghirup, Bersambal sama mencolek.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12

Kembali ke atas