Yang berkuda biar berkuda, Untung kuda dapat berbaris; Orang menduda biar menduda, Untung duda dapat gadis, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Saya berkuda tuan berkuda, Sama berjalan di tanah rata; Tuan mengenang saya bercinta, Sama-sama menahan rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Seorang berkuda seorang berlembu, Takkan sama dengan tapaknya; Tuan sutera saya belacu, Takkan sama dengan coraknya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang berkuda lalu dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tuan berkuda saya berunta, Sama kita berjalan kaki; Tuan mengenang saya bercinta, Sama kita menahan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Raden Galuk meniti batang, Panji-panji turun berkuda; Dari jauh saya datang, Melangsung hajat tuanlah semua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak ke seberang seberang saja, Saya tak mahu berkuda-kuda; Hendak seorang seorang saja, Saya tidak mahu berdua tiga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |