Banyak haji perkara haji, Haji berkunjung ke Baitullah; Banyak puji perkara puji, Pujian agung kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah haji perkara haji, Haji berkunjung ke Baitullah; Banyaklah puji pekara puji, Pujian agung kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak rumah tidak bertunggu, Tiada lagi orang berkunjung; Sejak adinda tak mahu bertemu, Hatiku kini menjadi bingung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari subuh orang berdayung, Hilir mudik tiada terhenti; Dari jauh abang berkunjung, Mencari adik tambatan hati. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Niat hati memeluk gunung, Apa daya tangan tak sampai; Berat hati hendak berkunjung, Hidupku papa badan tergadai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat seteluk jenguk-menjenguk, Adat setanjung kunjung-mengunjung; Adat menjenguk berelok-elok, Adat berkunjung sanjung-menyanjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau tidak jagung berkulit, Boleh direndang dalam kuali; Kalau tidak tanjung berkelit, Boleh berkunjung petang pagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukit tinggi berhutan lebat, Banyaklah burung diam di sana; Patah hati hidup melarat, Hendak berkunjung malulah muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jikalau hari mulai panas, Cepat-cepat mengembang payung; Jikalau hati mulai cemas, Cepat-cepat abang berkunjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |