Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.rang] | برکورڠ

Definisi : menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut drpd sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit): pd ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; penyakitnya ~ sesudah ia berehat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.rang] | برکورڠ

Definisi : menjadi kurang; beransur sembuh (bkn penyakit dll): Bilangan calon yg mengambil peperiksaan itu ~. Demamnya ~ setelah ia makan ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Pantun

PantunSumberTema
Baik-baik berjaja pala, Pala busuk laba berkurang; Baik-baik menjaga nama, Nama buruk dihina orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Supaya kaki tidak berkubang, Nampak lumpur jagalah langkah; Supaya rezeki tidak berkurang, Banyak bersyukur kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila bintang nampak meninggi, Tanda hari beransur siang; Apabila abang hendak pergi, Tanda berkurang kasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas