Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.dang] | برلادڠ

Definisi : membuat (membuka, mengusaha­kan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.dang] | برلادڠ

Definisi : mengusahakan atau mempunyai ladang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,


Pantun

PantunSumberTema
Baik berladang sebelum hujan, Supaya dapat memilih tanahp; Adik kupandang bagaikan bulan, Bila kulihat kasih bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adat berladang menanam padi, Adat menuai sesudah masak; Adat seorang bertanam budi, Adat beramai membela yang hak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yakin berladang banyaklah padi, Hidup senang ternak pun banyak; Makin kupandang rosaklah hati, Hendak meminang takut ditolak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah berladang sawah, Sawah ladang kerjanya berat; Bukan mudah memegang amanah, Amanah hilang ditimpa laknat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang sawah, Bila tak subur teruklah tulang; Bukan mudah memegang sumpah, Bila tak jujur dikutuk orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang padi, Ladang padi wajib dibakar; Bukan mudah berhutang janji, Hutang janji wajib dibayar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang padi, Ladang padi bersemak belukar; Bukan mudah berhutang budi, Hutang budi takkan terbayar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang darat, Hingga menuai padi dijaga; Bukan mudah memegang adat, Bila lalai diri tercela.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah berladang darat, Pagi-pagi harus ke tanah; Bukan mudah memegang adat, Budi pekerti harus semenggah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat padi musiman; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat hati beriman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas