Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ga] | برلاݢ

Definisi : memegahkan (meninggi­kan) diri sendiri, takbur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ga] | برلاݢ

Definisi : 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ga] | برلاݢ

Definisi : 1 bersabung (bkn ayam, lembu dll); berkelahi: Pernahkah kamu melihat ayam ~ dgn puyuh? 2 berlanggaran atau berhantukan (bkn kereta, pinggan mangkuk dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laga
Kata Terbitan : berlaga, melagakan, melaga-lagakan, memperlagakan, perlagaan,

Puisi
 

Katak puru kerbau Perlis,
     Alah berlaga dengan gergasi;
Tempuh bahu nak bercakap tak boleh,
     Pandang mata terasa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tiada terlerai kerbau berlaga dengan janjang.

Bermaksud :

Tidak dapat menceraikan orang yang sedang berkasih sayang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Berlaga kumbang sesama kumbang, Berlaga serindit sesama serindit; Pada berlapang sama berlapang, Pada yang sempit sama berhimpit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ayam berlaga melawan itik, Sama kalah dan sama menang; Dalam berduka kawan mengusik, Bawa mengalah supaya tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ayam berlaga di tengah padang, Patuh-mematuh hingga berdarah; Dalam berduka difitnah orang, Mohonlah petunjuk kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tariklah papan berlaga-laga, Anak ikan menari ke hulu; Minta mandi si air mata, Minta dikapan kain dan baju.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam kurik kuat berlaga, Taji panjang paruhnya besar; Dalam panik dapat celaka, Kaji dikenang supaya sabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa musang terberak-berak, Kerana berlaga dengan ayam; Mengapa orang beranak banyak, Kerana suka berjaga malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Katak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam Bugis menyabung tali, Mari berlaga Alor Kesinai; Adik putih cuba lalu lagi, Berpaling tengok abang nak kenai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hincang-hincut si kaki ayam, Ayam berlaga dengan puyuh; Jangan takut berjalan malam, Panau di dada dibuat suluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak tambi mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Minta mati dalam pangkuan, Minta disiram si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas