Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ga/] | برلاݢق

Definisi : 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ga/] | برلاݢق

Definisi : 1 berkelakuan sombong; bersikap angkuh: Jangan engkau cuba hendak ~ di depan aku kerana aku tahu siapa engkau. 2 berkelakuan spt; bersikap seolah-olah: Dia ~ pandai tetapi apabila disoal, ia tidak tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagak (kata nama)
Bersinonim dengan gaya, pembawaan, tingkah laku, kelakuan, perangai, aksi, lela;,
Kata Terbitan : berlagak, pelagak,

Peribahasa

Sumpit penuh tidak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Baju panjang berwarna merah, Bawa berlagak berjalan jauh: Barukan sayang sudah berpisah, Bumi kupijak rasakan runtuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Biarlah orang memasang rebung, Rebung itu banyak malangnya; Biarlah orang berlagak sombong, Sombong itu banyak malangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan suka menetak rebung, Rebung itu banyak bulunya; Jangan suka berlagak sombong, Sombong itu banyak musuhnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak kuda tegak meringkik, Kaki belakangnya kena bisul; Awak buta berlagak celik, Tahi dipegang dikira dodol.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila di hulu tidak menuat, Ke hilir pula menoreh getah; Apabila selalu berlagak pandai, Akhirnya kepala yang kan pecah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan diinjak-injak; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan berlagak-lagak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya sudah memakai kain, Jangan lagi berseluar panjang; Andainya sudah bernikah kahwin; Jangan sekali berlagak bujang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana titi takkan dialih Tiang patah lantainya rosak; Bagaimana hati tidakkan pedih, Abang berharta suka- berlagak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas