Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ki] | برلاکي

Definisi : mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~ bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuan­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ki] | برلاکي

Definisi : mempunyai laki; sudah berkahwin (bkn wanita); bersuami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlaki

Puisi
 

Beli ubi beli keladi,
     Anak belanak dalam tapisan;
Puan berlaki saya berbini,
     Kalau beranak kita berbesan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Janda belum berlaki.

Bermaksud :

Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Yang berbudi kita muliakan, Supaya terbalas budi baiknya; Tunangan berlaki kita doakan, Supaya lekas dicerai lakinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buah ketapi tindih-menindih, Buah kasinar dalam perahu; Nak berlaki pilih-memilih, Nak anyam bujam pun tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Beli ubi beli keladi, Anak belanak dalam tapisan; Puan berlaki saya berbini, Kalau beranak kita berbesan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang disebut rezeki padi, Ladang menjadi padinya elok; Orang penurut berlaki bini, Panjang jadi pendek pun elok.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri membeli kunyit, Orang berjaja bermandi peluh; Pilulah hati berlaki buncit, Kurang waspada bininya lumpuh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa membeli kuda, Kaki kuda pandai melompat; Untuk apa berlaki tua, Laki tua pandai memanjat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa pergi petang, Supaya pulang subuh-subuh; Untuk apa berlaki bujang, Supaya senang disuruh-suruh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi rebung, Sedap sekali dibuat sayur; Sungguh malang berlaki ompong, Setiap hari memasak bubur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh beruntung membeli kukus, Makanan dikukus rasanya lazat; Sungguh beruntung berlaki kurus, Badannya kurus mudah diangkat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Elok menebang kayu resak, Ditebang pepat maka digergaji; Elok orang berlaki pendek, Orang mengumpat disangka memuji.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123456

Kembali ke atas