Kalau kenduri berlama-lama, Pakailah talam tanda menghidang; Kalau negeri tak berulama, Bagaikan malam tiada berbintang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana kaki tidakkan goyang, Tegak berdiri berlama-lama· Bagaimana kami tidakkan sayang, Ke mana pergi kita bersama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah padi dipijak rusa, Kerana pergi berlama-lama; Banyaklah negeri rosak binasa, Kerana membenci alim ulama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |