Mari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak kera masuk ke negeri, Ramailah budak jadi menangis; Awak dah tua tak tahu diri, Memakai bedak berlapis-lapis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mengapa duduk di ambang pintu, Lapis-berlapis sanding papan; Mengapa cakap abang begitu, Berapa lapis dinding di badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau mudik ke Tanjung Batu, Lapis-berlapis daun pandanya; Kalau adik berkata begitu, Berapa lapis dinding badannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |