Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lau/] | برلاءوق

Definisi : ada lauk utk dimakan dgn nasi: ter­sangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm pantang lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lau/] | برلاءوق

Definisi : ada lauk utk dimakan dgn nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlauk


Pantun

PantunSumberTema
Andainya makan tidak berlauk, Tentulah sedikit nasi ditelan; Andainya iman tidak dipupuk, Tentulah sakit di hari kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tengah hari makan berlauk, Gulai pepuyu diberi santan; Hamba ke mari tuan merajuk, Hatiku pilu bukan buatan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalaulah cukup membawa beras, Hendak berlauk carilah ikan; Kalau hidup bekerja keras, Tidakkan suntuk mencari makan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sudahlah pinggan diinjak beruk, Kulitnya pula dilapah ayam; Sudahlah makan tidak berlauk, Bininya pula bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas