Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.yar] | برلاير

Definisi : menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~ kertas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.yar] | برلاير

Definisi : 1 memakai layar: Perahunya ~ kajang. 2 = belayar bergerak di air (bkn kapal, perahu dll). 3 = belayar pergi ke sesuatu tempat dgn menaiki kapal atau perahu: Tiga hari lagi mereka akan ~ ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlayar

Puisi
 

Batu Malim dua kerusi,
     Boleh kita berlayar kapal;
Kalau beli kain dua helai seragi,
     Boleh kita bertukar pakai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berkayuh sambil bertimba.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, c. Sambil berdendang, biduk hilir, d. Sambil berdiang, nasi masak, e. Sambil menyelam minum air, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Orang bersampan awak bersampan, Siapa berlayar siap berenang; Orang jantan awak pun jantan, Siapa benar siapa nan menang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun ribut belum berhenti, Sampan berlayar didayung juga; Walaupun perut belum berisi, Kawan yang lapar ditolong juga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sampan kotak hanyut berdetik, Alunan berlayar dari hulu; Buah masak baik dipetik, Masam manis baru tahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Batu Malim dua kerusi, Boleh kita berlayar kapal; Kalau beli kain dua helai seragi, Boleh kita bertukar pakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Perahu layar patah tiangnya Ditiup angin bertambah larat; Malu berlayar susah tunangnya, Hidup miskin dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tumbuh rotan sudah berakar, Pandan berbuah berakar juga; Tujuh lautan sudah terbakar, Sampan sebuah berlayar juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas