[ber.li.nang] | برلينڠ
Definisi : , berlinang-linang, melinang 1. bercahaya-cahaya, berkilat-kilat, berkilau: si laki-laki berminyak rambut hingga berlinang-linang dan perempuan memakai gincu bibir; 2. jatuh menitik (air mata dll), menitis: maka keempat-empat saudara itu pun berlinang-linanglah air matanya mendengar cerita saudaranya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.li.nang] | برلينڠ
Definisi : 1 bertakung di kelopak mata (bkn air mata); bergenang. 2 berkilat atau berkilau (kerana diselaputi minyak dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)