Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lin.dung] | برليندوڠ

Definisi : 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lin.dung] | برليندوڠ

Definisi : 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang mengkodok di tanjung-tanjung,
     Sayang lengkuas di padang-padang;
Jangan tidak cuba berlindung,
     Supaya puas kita berpandang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Punggur rebah,
     belatuk menumpang mati.

Bermaksud :

Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Hujan turun bercurah-curah, Ramai manusia lari berlindung; Hidup saya sebatang karah, Dalam hujan mencari untung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Banyaklah batang dipanjat lotong, Lotong memanjat buah dicari; Banyaklah orang tempat berlindung, Pelindung adat payah dicari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jahit baju dibuat kancing, Redup hari bagai nak hujan; Cina Bau melanggar Kuching, Rajah berlindung di Kampung Sinjan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Pandai-pandai bertanam pisang, Kalau panas carikan tudung; Pandai-pandai berjalan siang, Kalau panas cepat berlindung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Angin berdengung Laut Belanda, Singgah berlabuh hujung Tanjung; Antara belum porak peranda, Turun layar baik berlindung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kelap-kelip kunang-kunang di rimba, Tempat di pohon gedung; Silap sedikit marahkan hamba, Di manalah tempat diri berlindung.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas