Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)

416

Make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Make a mountain out of a molehill . You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik.Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Ingat-ingat merendam kain, Kain itu ada kapasnya, Ingat-ingat dalam bermain, Bermain itu ada batasnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang bujang memakai kain, Sudah berkain berbaju tidur; Bukan kami pandai bermain, Sebab bermain malulah undur.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukan sengaja saya berkain, Saya berkain menutup tubuh; Bukan sengaja saya bermain, Saya bermain bersungguh-sungguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Bermain suka-suka, Bermain bola-bola; Kamu mahu merdeka, Sampai bila-bila.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kalau habis kainku ini, Hamba tidak berkain lagi, Kalau berkain kainnya lusuh, Kain sarung hamba sulamkan; Kalau habis main kita ini, Hamba tidak bermain, Kalau bermain di kampung jauh, Sama sekampung hamba haramkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau di baliknya semut api, Akan terbuang batang lada; Kalau adik bermain api, Abang senang bermain muda. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan bermain seludup-seludup, Latihan rohani tidak sihat; Ilmu itu panduan hidup, Ke mana pergi tidak sesat.Pantun Melayu SarawakIlmu
Mari bermain si anak burung, Dayang Juita berjalan kaki; Mengenang diri tidak berkampung, Menurut saja apa akan terjadi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Orang bermain di atas panggung, Banyak orang datang mengintai; Alang tinggi kelapa tergantung, Ada masa dikorek tupai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12345678910...

Kembali ke atas