Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main.main] | برماءين-ماءين

Definisi : 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguh­sungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main.main] | برماءين-ماءين

Definisi : 1 bersenang-senang atau bersuka-suka dgn melakukan sesuatu: Ketika ibu memasak di dapur, kami ~ di halaman. 2 tidak bersungguh-sungguh; hanya utk berkelakar saja: Mereka itu ~ saja, bukan berkelahi sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain ini kain basah,
     Bila masa berkain lagi;
Main ini main penyudah,
     Bila masa bermain lagi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Cabut rumput di tepi kolam, Tempat budak bermain-main; Rambut di kepala sama hitam, Hati di dalam lain-lain.Pantun Melayu SarawakNasihat
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang: Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang; Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin kerja membawa faedah; Bermain bukan sebarang main, Main muda kepalakan pecah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak bermain panah, Main panah tanah seberang; Semua pokok tumbuh di tanah, Api-api tumbuh di cabang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau habis kainku ini, Hamba tidak berkain lagi, Kalau berkain kainnya lusuh, Kain sarung hamba sulamkan; Kalau habis main kita ini, Hamba tidak bermain, Kalau bermain di kampung jauh, Sama sekampung hamba haramkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang tua suka berkain, Bawakan kain sarung untuknya; Orang buta dibawa bermain, Salah main hidung dicucuknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayalah tidak pandai berkain, Sebarang kain saya kainkan; Saya tidak pandai bermain, Sebarang main saya mainkan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas