Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.lam] | برمالم

Definisi : 1. tidur, menginap: mahu tidak mahu kami terpaksa ~ di pondok kecil itu; 2. sudah disimpan semalam (bkn masakan), sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan: aku berasa hendak muntah sesudah makan lauk yg sudah ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma.lam] | برمالم

Definisi : 1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermalam

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Tetak sangkar pancung kemudi;
Darilah jauh kamilah datang,
     Mendengar tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

PantunSumberTema
Ke hulu jangan mudik bermalam, Kalau bermalam banyak pacatnya; Rindu jangan disebut demam, Kalau demam tampak pucatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apabila bermalam di rumah orang, Jangan dianggap rumah sendiri; Apabila meminjam hak milik orang, Jangan dianggap hak milik sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau bermalam di tengah jalan, Jangan selalu berasa khuatir; Kalaulah padam nyawa di badan, Di batu nisan cinta kuukir.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Dari jauh bermalam datang, Tetak sangkar pancung kemudi; Darilah jauh kamilah datang, Mendengar tuan baik budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Yang singgah diajak bermalam, Duduk berangin di selasar tinggi; Orang nikah awak yang demam, Menengok pengantin sebesar gergasi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hilirkan rantau mentulik, Bermalam di muara janggi, Hilirnya menepi-nepi; Dalam sirih nan secarik, Dalam pinang nan setomi, Ada juga kehendak hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pulau Rupat tempat bermalam, Sampan kolek muatan sarat; Kalau dekat kukirim salam, Kalau jauh kirim surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hutan lipur tempat bermalam, Sungai Pahang airnya tenang; Walaupun jauh rindu mengidam, Tapi bimbang masuk meminang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Bali ke Sumatera, Hendak bermalam di Langka Canang; Niat hati hendak bersemenda, Hati terpaut orang Minang.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
123

Kembali ke atas