Ke mana lagi memetik bunga, Bunga sekaki sudahlah layu; Ke mana lagi adik bermanja, Kanda kunanti tak mahu tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan dulang sebarang dulang, Dulang berisi santapan raja; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang menjadi tempat bermanja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman kini zaman kemaruk, Gila pangkat kemaruk harta; Dengan bini jangan beramuk, Supaya dapat duduk bermanja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Telur merpati telur tunggal, Taruh mari atas meja; Emak mati bapa meninggal, Pada siapa hendak bermanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi-tinggi si matahari, Sama timbang bungalah lawangsa; Indung-indung boleh kucari, Hilang kekasih di mana bermanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |