Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Biarlah pahat bermata parang, Asalkan badik besi bertuah; Biarlah jahat di mata orang, Asalkan baik di sisi Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang jembalang bermata tujuh, Ditukang oleh tukang emas; Jangan digusar jangan digaduh, Di dalam tangan digenggam kemas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau kail tidak bermata, Manakan boleh mendapat ikan; Kalau kecil tidak berguna, Mana boleh selamat kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang bermulut tentu berbunyi, Yang bermata tentu memandang; Orang pencarut perlu dijauhi, Orang pendusta perlu dibuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pakai cincin di jari manis, Cincin suasa bermata dua; Jangan runsing jangan ditangis, Biarlah rahsia kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |