Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mi.nya/] | برميڽق

Definisi : 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biar­lah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mi.nya/] | برميڽق

Definisi : 1 ada minyak pdnya; mengeluarkan minyak; berlemak: Ikan terubuk yg dipanggang itu ~. 2 memakai minyak: Rambutnya sentiasa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berminyak


Pantun

PantunSumberTema
Kalau hendak menyalin surat, Hari petang lampu berminyak; Kalau hendak memimpin rakyat, Hati lapang ilmu pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Nyaman sungguh orang menumbuk, Dapat padi muka berminyak; Badan berpeluh tulang pun remuk, Dapat laki berselera badak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Beli tin ke Kota Batu, Kelapa muda tidak berminyak; Sudah miskin dagang piatu, Minta kasihan orang banyak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bukan kuah sebarang kuah, Kuah berempah dijamin enak; Bukan tua sebarang tua, Tua kelapa makin berminyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas