Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.muat] | برموات

Definisi : 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; 2. sl mengisi atau memung­gah barang (ke kapal, perahu, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.muat] | برموات

Definisi : berisi atau diisi (dgn): Kapal itu ~ gula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermuat

Puisi
 

Sampan kotak perahu Cina,
     Sarat bermuat ubi keladi;
Rusa ditembak pelanduk kena,
     Kenapa pula kijang yang mati?


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Penyapu diikat sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Perahu papan bermuat intan, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpati dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Sarat bermuat dari seberang, Patah tiang kayu kelat; Adakah kucing cintakan musang, Ayam terbang tikus melompat.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sampan kotak perahu Cina, Sarat bermuat ubi keladi; Rusa ditembak pelanduk kena, Kenapa pula kijang yang mati?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kapal Acheh terlenang-lenang, Sarat bermuat barang dagang; Masih berdendam kasih sayang, Jangan dicampur dengan kenangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain berkocak jong sarat, Jong bermuat geluk kaca; Bau wangi dalam surat, Dicium dulu baru dibaca.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain corak bertali tangsi, Sampan sarat bermuat barang; Awan berarak ditangisi, Badan melarat di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Perahu payang belayar ke seberang, Sarat bermuat kayu jati; Kalau menumpang kekasih orang, Tentu tak dapat kehendak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Arab pulang ke Jeddah, Sarat bermuat si langit-langit; Harap saya bukannya mudah, Seberat bumi dengan langit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal berlabuh di Tanjung Puri, Kapal bermuat si kayu manis; Bila terpandang cincin di jari, Sedih hati lalu menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas