Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.ka] | برموک

Definisi : memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mu.ka] | برموک

Definisi : mempunyai muka: tidak ~ malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermuka

Peribahasa

Talam dua muka.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Kampung Seniawan bermuka batu, Tempat Kak Bedah mandi di perigi; Hati kami terlalu rindu, Rasa nak ikut awak pergi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Taat bini setia ke laki, Bermuka manis patut perangai; Adat berdiri sempurna budi, Sengketa habis kusut selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sayangnya badik tiada tajam, Sekali belum dibawa berperang; Kupandang adik bermuka tembam, Hendak kuciumlah punya orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang betik buah berulat, Hendak dimakan baunya busuk; Kupandang adik bermuka bulat, Bagaikan pinggan menutup mangkukKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak badik dilasah tajam, Orang takut membawa berjalan; Sejak adik bermuka masam, Abang takut untuk berkenalan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak badik dilasah tajam, Matanya tidak berkarat lagi; Sejak adik bermuka masam, Hamba takut mengikat janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan asyik menjala malam, Hari siang kantuklah mata; Jangan adik bermuka masam, Kami datang dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang nyiur di tepi kolam, Di sana bayan berdiam diri; Orang ditegur bermuka masam, Kasih kusimpan di dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanda adat bersendi syarak, Ajaran berisi akidah Islam; Tanda umat berbudi akhlak, Pantang sekali bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sudahlah pinggan diinjak beruk, Kulitnya pula dilapah ayam; Sudahlah makan tidak berlauk, Bininya pula bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas