Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.na.fas] | برنفس

Definisi : 1. menyedut dan menghembuskan nafas dr paru-paru: ikan ~ melalui insangnya; 2. bernyawa, hidup; tiap-tiap yg ~ tiap-tiap yg hidup; 3. mempunyai unsur, berunsur, berbau: puisi yg ~ keislaman spt yg diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan prb lebih percaya kpd pendapat orang lain drpd pendapat sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.na.fas] | برنفس

Definisi : 1 menyedut dan menghembuskan nafas: Ikan ~ dgn insangnya. 2 hidup; bernyawa: Tiap-tiap yg ~ akan mati juga sudahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafas
Kata Terbitan : senafas, bernafas,

Peribahasa

Menguak-nguak bagai hidung gajah.

Bermaksud :

Bernafas terengah-engah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Yang naik ke atas, Yang turun ke bawah; Yang naik bernafas, Yang gerun telapah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Geruda jatuh terhempas, Jatuh terhempas di Medan Sumatera; Akibat jerebu susah bernafas, Sesak nafas amat sengsara.Pantun Melayu SarawakUmum
Bunyi pagar dipaut jentera, Tumbang sebatang pokok kapas; Bumi bergegar laut bergelora, Insan lemas tidak bernafas.Pantun Melayu SarawakAgama

Kembali ke atas