Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.na.ma] | برنام

Definisi : 1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.na.ma] | برنام

Definisi : akronim bagi Berita Nasional Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.na.ma] | برنام

Definisi : 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Jauh ayam dalam kurung,
     Kurung bernama Cik Murai;
Padi masak dimakan burung,
     Burung bernama burung punai.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun,
     bernama intan juga.

Bermaksud :

Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Muar belum bernama Muar, Muar bernama Libar Condong; Lucut baju lucut seluar, Besarlah sial malang merundung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung bernama unggas bumban, Hinggap mematah ranting lada; Dua kali berkata enggan, Bagaikan emas bergelang ganda.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bukit bernama Bukit Pandan, Tempat orang tembak batu; Batu canai disangka intan, Bila dilihat baru tahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang padat bernama besi, Yang berongga ada beruang; Yang adat sama diisi, Yang lembaga sama dituang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dua tiga bernama perigi, Batu berlonggok di tepi jalan; Tuan di sana saya di sini, Bagai pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak ikan bernama todak, Mati puput ditelan tenggiri; Sakitnya tuan dilambung ombak, Nyawa bersangkut di sauh besi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas