| Orang berniaga semalam-malaman, Apa jualan pulut berinti; Hidup di dunia buat amalan, Untuk bekalan akhirat nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Duduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Duduk berniaga dalam pekan, Pakai seluar warna biru; Jangan jadi bunga di hutan, Nampak merah cium tak bau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Apa benda dalam pasu, Rebus ketupat jadi batu; Kalau berniaga kongsi bisu, Jangan untung rugi tak Berniaga/untung | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Kalau mengutip buah saga, Jangan dibuang ke dalam kolong, kalau hendak maju berniaga, Jangan terikat dengan Along. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Pukat rantau telah tersadai, Pukat dimuat dalam jongkong; Adat merantau mencari pandai, Adat berniaga mencari untung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Dari Petani turun ke Perli, Naik kereta Proton Saga; Bernyanyi berpantun penyeri majlis, Sudah berpantun kita berniaga. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Suka duka orang berniaga, Untung setahil rugi sekati, Luka lama berdarah semula, Rindu berbisik di sudut hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Sayang Temasik tempat berniaga, Masyhur sudah ke seluruh dunia; Tuan emas hamba tembaga, Manakan boleh duduk bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |