Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.niat] | برنية

Definisi : 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.niat] | برنية

Definisi : 1 bermaksud; bertujuan: Aku pun tidak ~ hendak pulang ke rumahmu lagi. 2 berjanji akan berbuat sesuatu jika tercapai hajat; bernazar; berkaul: Dia ~ akan berpuasa seminggu jika ia lulus dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niat (kata nama)
1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak, cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,

2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,

Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat,


Pantun

PantunSumberTema
Siapa suka mengikat taji, Lama-lama tentu terluka; Siapa suka berniat dengki, Kemana saja tentu celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa gunanya membuang sampah, Bila dekat dengan halaman; Apa gunanya abang bersumpah, Bila berniat jadi mainan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas