Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ni.kah] | برنکاح

Definisi : mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ni.kah] | برنکاح

Definisi : bersetuju men­jadi suami atau isteri; berkahwin: Maka ~lah Tengku Kamariah dgn Raja Kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nikah
Kata Terbitan : bernikah, menikahi, menikahkan, pernikahan,

Puisi
 

Mari kita memasang lukah,
     Dapat seekor ikan tenggalan;
Lepas itu bolehlah bernikah,
     Saudara-mara dapat berkenalan.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Andainya sudah memakai kain, Jangan lagi berseluar panjang; Andainya sudah bernikah kahwin; Jangan sekali berlagak bujang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya sudah memakai kain, Elok sekali mengenakan baju; Andainya sudah bernikah kahwin, Duduk berdiri menjaga malu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa guna menggali perigi, Air masin bilakan tawar; Apa guna bernikah lari, Nama baik jadi tercemar.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau adik menahan lukah, Tahan jangan dibalik-balik; Kalau adik berjanji bernikah, Bulan depan abang berbalik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mari kita memasang lukah, Dapat seekor ikan tenggalan; Lepas itu bolehlah bernikah, Saudara-mara dapat berkenalan.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas