Bernyanyi helang terbang pagi, Tempat bersarang pohon rambutam, Begini malang nasib kami, Tanah segesta jadi rebutan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bernyanyi helang terbang petang, Tempat bersarang pohon rambutan; Begini malang nasibmu sayang, Tanah sehasta jadi rebutan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Kalian menali-nali sutera, Kami menali-nali terap, Menali sambil bergantung, Kalian bernyanyi berhati suka, Kami bernyanyi ganti meratap, sambil membilang-bilang untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Burung putih burung undan, Bernyanyi-nyanyi sungguh mesra; Buah masih di ujunh tandan, Untung rugi sudah dikira. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Sejak tumbuh tangkai ketari, Banyaklah pasu yang bernyanyi; Sejak si lumpuh pandai menari, Banyak si bisu yang menyanyi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jika gendang tidak dipukul, Manakan orang mahu bernyanyi; Jika abang tidak menyusul, Manakan hamba mahu kembali. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Petani turun ke Perli, Naik kereta Proton Saga; Bernyanyi berpantun penyeri majlis, Sudah berpantun kita berniaga. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Bukan kami menali sutera, Benang tali di atas batang; Bukan kami bernyanyi suka, Kami terkenang kepada abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama pasu berantai tali, Banyaklah gelang berjela-jela; Selama si bisu pandai bernyanyi, Banyaklah orang tergila-gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |