Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ro.léh]/[ber.o.léh] | براوليه

Definisi : 1. mendapat, menerima: ~ anak lelaki; ~ kebajikan; ~ kesenangan; 2. sl boleh, dapat: ~ selamat sempurnalah anak­anda drpd sekalian bencana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ro.léh]/[ber.o.léh] | براوليه

Definisi : mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Puisi
 

Orang meranik pulang ke rumah,
     Pulang rumah jauhlah ke darat;
Budak ini memang beroleh,
     Sikit bercinta melayang surat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Beroleh lumpur di tempat yang kering.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan yang tidak tersangka-sangka.

 

Lihat selanjutnya...(34)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Limau purut tanam di lembah, Gugur buahnya dimakan ular; Belum pernah saya beroleh, Baru ini iman tergugur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sifat keluarga berkasih sayang, Anak-beranak sama muafakat; Adat dijaga budi terbilang, Rezeki banyak beroleh rahmat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Cik Amat orang pendekar, Pandai merapat haluan perahu; Ingat-ingat helang menyambar, Kalau tak dapat beroleh malu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas