Buah betik buah pedada, Buah diikat dengan tali, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Orang darat menunggang kuda, Kuda ditunggang laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang Daik menumis lada, Lada ditumis dalam kuali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jauh sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang Acheh memacu kuda, Kuda dipacu laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Gunung Daik bercabang tiga, Nampak dari Kuala Deli; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |