Kata adat pantang berpaling, Bila berpaling rendah budinya; Mata melihat jangan menjeling, Bila menjeling salah ertinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau berbaring bertengadah, Luruslah batang kayu cendana; Kalaulah adik berpaling tadah, Kuruslah abang layu merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bila badik berkering basah, Tentulah mudah dimakan karat; Bila adik berpaling tadah, Tentulah hamba takut mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan adik menjaring rusa, Hati petang berbaliklah dulu; Jangan adik berpaling muka, Kami datang kerana rindu. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh cina berwarna kuning, Tegak lurus dengan kukuhnya; Kerana adik sudah berpaling, Badanku kurus menanggung duka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh perindu dibuat suling, Bunyinya merdu bukan kepalang; Hatiku rindu adik berpaling, Daripada malu eloklah hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila menimbang kacang belimbing, Sudah cukup dibawa pergi; Bila kukenang abang berpaling, Daripada hidup rela kumati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak gagak terbang keliling, Sehingga lupa mencari makan; Awak hendak orang berpaling, Ke mana muka kan dihadapkan. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Perlis pergi ke Kedah, Hendak membeli buah papaya; Jikalau kekasih berpaling tadah, Hendak berbalik tidak upaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batang selasih sudah meranting, Lapuklah batang dahan pun layu; Orang kukasih sudah berpaling, Mabuklah dagang menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |