Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paling2
Kata Terbitan : berpaling, memalingkan,


Pantun

PantunSumberTema
Kalau berbaring bertengadah, Luruslah batang kayu cendana; Kalaulah adik berpaling tadah, Kuruslah abang layu merana.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bila badik berkering basah, Tentulah mudah dimakan karat; Bila adik berpaling tadah, Tentulah hamba takut mendekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari Perlis pergi ke Kedah, Hendak membeli buah papaya; Jikalau kekasih berpaling tadah, Hendak berbalik tidak upaya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanda berkawan seiring jalan, Pantang sekali bersilang langkah; Tanda beriman adat sepadan, Pantang sekali berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Beras padi disimpan orang, Supaya senang makan serumah; Panas hati bukan kepalang, Melihat abang berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hendak retak retaklah tangga, Tiang tidakkan mahu rebah; Hendak muak muaklah dinda, Abang tidak berpaling tadah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cangkir ayan berisi kopi, Bila tumpah tentulah basah; Kufikir tumpah sudi menanti, Kiranya sudah berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila lancang sudah ditambat, Banyaklah lega orang di rumah; Apabila abang sudah mengikat, Tidaklah hamba berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang nangka berputik juga, Rebah ke tanah rantingnya patah; Abang menyangka adik setia. Rupanya sudah berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang kemiri sudah berlubang, Tak lama lagi tentulah rebah; Orang ku nanti tak pernah datang, Entahkah kini berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas