Zaman lampau semuanya akrab, Sarna sekampung bertegur sapa; Badan berpanau dada berkurap. Di mana mencangkung bergaru saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh susah sakit meracau, Diubat orang pakai manisan; Sungguh indah kulit berpanau, Dilihat orang bagaikan lukisan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Elok menebang batang enau, Enau subur lampai berbatang; Elok memandang orang berpanau, Panau bertabur bagaikan bintang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buluh betung tumbuh ke danau, Tumbang disambar guruh petir; Sungguh beruntung orang berpanau, Badan bergambar berukir-ukir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Perahu Arab berjaja malau, Singgah ke Daik membeli Iada; Bahu berkurap dada berpanau, Nasibnya baik berlaki buta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hari gelap hati pun risau, Duduk diam masuk kelambu; Laki berkurap bini berpanau, Siang malam duduk bergaru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |