Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.tang] | برڤانتڠ

Definisi : 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pantang (kata nama)
Bersinonim dengan larangan, tegahan, pemali, pali;,
Kata Terbitan : berpantang, memantangkan,

Peribahasa

Singkat tidak terulas,
     panjang tidak terkerat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Adat berjanji berpantang mungkir, Adat bersumpah pantang berhelah; Adat memuji pantang menyindir, Adat menyembah pantang melapah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu berpantang karam, Bila karam binasalah sampan; Adat Melayu pantang berdendam, Bila berdendam binasalah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat parahu berpantang bocor, Bila bocor tentulah karam; Adat Melayu pantang takbur, Bila takbur muka kan lebam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu berpantang hanyut, Bila hanyut tentulah larat; Adat Melayu berpantang takut, Bila penakut tentulah lumat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah memasang jerat, Jerat dipasang jangan sembarang; Bukan mudah memegang adat, Adat dipegang berpantang larang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kerat selerang kain mastuli, Belum terjual tukangnya mati; Kuat orang jangan peduli, Sebelum ajal berpantang mati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adat berkawan seiring jalan, Adat bersaudara seia sekata; Adat sejalan pantang melendan, Adat sekata berpantang dusta.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah orang berhelat, Tahan berjaga siang dan malam; Bukan mudah memegang adat, Iman di dada berpantang padam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa bunga tiada bertangkai, Tanam budak tepi perigi; Sama biasa main di pantai, Haram tak takut berpantang mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan

Kembali ke atas