Orang berkebun saya berkebun, Dalam kebun bertanam bunga; Orang berpantun saya berpantun, Dalam pantun ada makna. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pokok jelutung getah jelutung, Buat getah burung merpati; Abang berpantun adik berpantun, Dalam pantun mengikat hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Petani turun ke Perli, Naik kereta Proton Saga; Bernyanyi berpantun penyeri majlis, Sudah berpantun kita berniaga. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Orang berpantun di Kampung Hulu, Sambil mencabut ulam bermi; Tujuh tahun musim berlalu, Baru tersedar rumput di bumi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bukan gambus gila di pekan, Melagui hendak berpantun; Bukan bagus kami gilakan, Akal dan budi dialu-alukan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Petik bunga serumpun, Rumpun bunga melati; Patik mohon berpantun, Pantun menghibur hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Nak berkebun berkebun sangat, Buah limau masak layu; Nak berpantun pantun sangat, Macam Cina masuk Melayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau tuan memetik rambai, Rambai ada di hujung dahan; Sungguh berpantun kita beramai, Berserah kita kepada Tuhan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Cik Jeddah pulang ke Jeddah, Segala harta di bawa balik; Berpantun sudah berdoa pun sudah, Teruna dan dara masuk ke bilik. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak Cina pelihara babi, Diberi makan daun keladi; Anak siapa berpantun tadi, Cuba pantun sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |