| Telah lama kuda berlari, Dikejar budak badan berpeluh; Sudah lama hamba menanti, Khabar tidak pesan pun jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Beduk subuh sudah berbunyi, Tanda waktu sudahlah masuk; Duduk berpeluh hamba menanti, Dinda tak malm menyuruh duduk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Nyaman sungguh orang menumbuk, Dapat padi muka berminyak; Badan berpeluh tulang pun remuk, Dapat laki berselera badak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tetaklah akar akar merah, Semut meniti di dalam talam; Badan berpeluh mataku merah, Angkat mengucap di tengah malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Makan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Bawalah bekal berjalan jauh, Supaya tidak merasa lapar; Habislah akal badan berpeluh, Adinda tidak mahu kulamar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Tahi ayam dimakan puyuh, Baunya busuk bukan kepalang; Mandi malam badan berpeluh, Baru duduk kain berlubang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |