Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.rang] | برڤرڠ

Definisi : melakukan perang, berjuang, ber­tempur: mereka ~ utk mempertahankan kedaulatan negara mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.rang] | برڤرڠ

Definisi : berlawan dgn musuh secara besar-besaran dgn menggunakan senjata: Selama dlm latihan, mereka diajar ttg cara menggunakan senjata, dan ttg cara ~ juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,

Puisi
 

Seorang berperang seorang bertombak,
     Masing-masing tunjukkan jantan;
Bukit bertepuk gunung berombak,
     Datang air jadi sempadan.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kalau tak takut akan mati,
     tak sedunia perang;
kalau tak takut akan alah,
     tak sedunia sabung.

Bermaksud :

Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Cik Ali pergi berperang, Pergi berperang dengan senjata; Awan di langit kalau terang, Cahaya bintang baru nyata.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau berperang di dalam kubu, Tombak lembing buat perisai; Kalau hilang ayah ibuku, Seperti karang bunga berderai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang berperang jatuh tersungkur, Buat kubu sebelah kiri; Adat di hutan harimau mengambur, adat Adat lalang makan api.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Laksamana pergi berperang, Pacu kuda dari Patani; Saya naga bertapa di padang, Sekalian bisa di tangan kami.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Yakin sungguh orang berperang, Beraninya tidak mengenang mati; Lain sungguh abang sekarang, Janjinya tidak dipegang lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Gegap gempita orang berperang, Bunyi senjata berdencing-dencing; Gelaplah mata abang sekarang, Adik kupuja tak ambil pusing.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak raja turun berperang, Menemui seekor burung terkikir; Tuan laksana bulan terang, Cahaya terus di dalam air.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123

Kembali ke atas