Baju panjang berwarna merah, Bawa berlagak berjalan jauh: Barukan sayang sudah berpisah, Bumi kupijak rasakan runtuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang perahu tiangnya patah, Hendak dayung terasa berat; Sedang merindu kita berpisah, Hendak disambung tiada dapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walau pandan di tepi bencah, Bunga melati melekat juga; Walau bagai jauh berpisah, Di dalam hati dekat juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di kayu jati; Kasih sayang tidak berpisah, Ibarat rambut bersimpul mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang selasih berbunga rendah, Patah pucuk dahan pauh; Sedang berkasih hatiku gundah, Inikan pula berpisah jauh. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Penat hamba membeli kain, Kain seberang mutunya rendah; Penat sahaja berjanji kahwin, Belum dipinang sudah berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok-elok memasang pelita, Kalau tidak minyaknya tumpah; Elok-elok abang mencinta, Kalau tidak kita berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kodok di atas batu, Anak bubut patah kaki; Berdagang hidup sementara waktu, Bercerai maut berpisah abadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Antara pagi dengan petang, Di sana orang mencari nafkah; Bila kukaji kesalahan abang, Daripada bertunang elok berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jikalau mentari sudah naik, Ke mana menoleh terasa indah; Jikalau bumi sudah terbalik, Barulah boleh kita berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |