Ke teluk orang menjala, Dalam telaga jauhlah rasa; Orang lain ada berpunya, Saya berkawan kerana biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beras padi diindang orang, Supaya tahu mana antahnya; Belas hati memandang abang, Adik ditunggu sudah berpunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang berkayuh, Kerana takut dikejar buaya; Saban malam abang mengeluh, Kerana adik sudah berpunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Angin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tabuh gendang bunyi bertalu, Di sana orang bersuka ria; Sungguh malang nasib diriku, Dinda kupinang sudah berpunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari teluk berjalan pulang, Naik ke rumah sudahlah senja; Hatiku remuk bukan kepalang, Adik tercinta sudah berpunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |